Projek Pembangunan Darul Tahfiz Bustan Usy'syaqil Quran
Setelah beberapa tahun membangunkan Madrasah Darul Tahfiz Bustan Usy'syaqil Quran (DTBUQ), kini DTBUQ mengorak langkah kehadapan dengan pembinaan bangunan madrasahnya yang sendiri. Setelah sekian lama beroperasi di bangunan rumah teres secara sewa kemudian berpindah di bangunan tinggalan bekas Sekolah Agama Rendah dan disebabkan bilangan pelajar yang kian meningkat DTBUQ memulakan pelan projek pembangunan madrasah baru di tanah yang telah di wakafkan untuk madrasah tersebut.

Pembinaan ini termasuk bangunan bilik darjah lelaki, bilik darjah perempuan, asrama lelaki, asrama perempuan, kantin, bilik guru, dan ruang untuk tetamu. Tanah yang sebelumnya hutan dan kolam ikan kini menjadi tapak yang akan menjadi pusat lahirnya ramai anak-anak yang celik Al-Quran dan mudah-mudahan Hafiz dan Hafizah.

Sumbangan ikhlas anda boleh terus salurkan kepada:
Bank Islam Malaysia Berhad: 06046010017650
DARUL TAHFIZ BUSTAN USY'SYAQIL QURAN
Kampung Chat, 27310 Benta, Pahang.
Tel: 019-3414704.

Tapak Projek Pembangunan DTBUQ

Pelan Tapak