Madrasah Darul Tahfiz Bustan Usy'syaqil Quran

Madrasah Darul Tahfiz Bustan Usy'syaqil Quran (DTBUQ), pada mulanya hanya beroperasi di sebuah rumah sewa di Raub Pahang, kelas pengajian dan juga asrama ditempatkan di rumah sewa yang sama. DTBUQ adalah bukan berkonsepkan keuntungan, ini dimana ibu bapa yang menghantar anak ke DTBUQ ada yang membayar seikhlas hati dan ada juga yang percuma. Pihak DTBUQ mengumpul dana untuk pembelajaran dan juga asrama makan minum berdasarkan dari sumbangan orang ramai dan juga sumbangan dari siri ceramah yang di jemput oleh organisasi tertentu.

Walaupun yang demikian, DTBUQ masih maju hingga kini dan akan terus kehadapan. Bermula dari menyewa sebuah rumah teres kepada 2 buah rumah teres dengan hanya pelajar lelaki sahaja yang diterima belajar di DTBUQ. Setelah kemasukan pelajar semakin menggalakkan, pihak kerajaan tempatan pahang telah mengizinkan untuk menggunakan bangunan tinggal bekas Sekolah Agama Rendah suatu ketika dahulu.

Namun yang demikian bangunan tersebut hanya untuk sementara waktu sahaja berdasarkan kepada kerajaan tempatan yang ingin membina semula Sekolah Agama di bangunan tersebut pada masa yang akan datang. Oleh sebab itu pihak DTBUQ berusaha untuk membina bangunan madrasahnya yang sendiri bagi memudahkan para pelajar mendalami ilmu Al-Quran dan Hadis disamping keselesaan para pelajar dan juga ibu bapa.